• RAMADAN RETREAT | Healing @ Qowiy Village TEKAN SINI
icon-search
icon-search

[UPDATED 2022] 10 Hotel Mewah Ada Bath Tub dengan Harga Mampu Milik!

Ini senarai terkini tahun 2022, hotel yang ada menyediakan Bath Tub  di sekitar semenanjung dengan harga murah untuk pilihan staycation anda. Bercuti di hotel pastinya nak yang ada sediakan bath tub. Kalau tak berendam dalam air panas dengan buih berkepuk-kepuk tak sempurna rasa bercuti.


Ini adalah antara cadangan Qowiy untuk anda dapatkan hotel mewah dengan bath tub pada harga mampu milik!


1. Berjaya Times Square Suite At Kuala Lumpur

(RM143-RM287)

Terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, pastinya ramai yang kenal dengan Berjaya Times Square. Tapi ramai yang tak tahu Berjaya Times Square ada sediakan penginapan dengan harga mampu milik yang dilengkapi dengan pelbagai facilities menarik seperti Bath Tub, Kolam renang untuk keluarga, gelanggang Tenis, Gym dan pelbagai lagi. 

Lagi seronok, anda boleh terus turun lif dari bilik anda ke Shopping Mall terkemuka itu. Bukan itu sahaja, jika anda terus ke tingkat LG Mall tersebut anda terus boleh ke Kiosk Bath Bomb Qowiy dan dapatkan Bath Bomb anda untuk rendaman buih berkepuk-kepuk dalam bath tub dengan air hangat yang pastinya menyempurnakan pengalaman staycation anda.


Kiosk Qowiy terletak berhadapan Hero Market dan Street Churros (tingkat LG) dalam Mall Berjaya Times Square. Dapatkan Bath Bomb dan Bubble potion anda di sini. 


Stesen Monorel Imbi yang terletak 70m dari hotel dapat menghubungkan anda pada tarikan-tarikan di bawah;

  1. Jalan Alor (540m)
  2. Pavilion Kuala Lumpur (860m)
  3. Menara Kuala Lumpur (1.4km)
  4. Chinatown – Kuala Lumpur (1.4km)
  5. KLCC Park (1.6km)
  6. Central Market (1.6km)
  7. Petronas Twin Towers (1.8km)

One-Bedroom Suite yang dilengkapi dengan bath tub, ruang dapur dan ruang tamu yang luas sesuai untuk pasangan suami isteri dengan anak kecil mahupun rakan-rakan yang inginkan weekend getaway. Manakala bagi anda yang bercuti dengan keluarga yang besar, Two-Bedroom Suite juga turut disediakan untuk ruangan yang lebih besar, anda juga boleh request untuk katil extra. Seorang tetamu yang berumur di bawah 16 tahun tidak dikenakan sebarang caj penginapan. 


Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan lokasi hotel yang berhampiran dengan kesemua kemudahan selain dapat menikmati pemandangan indah KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Selain dari city view yang cantik, anda juga tak akan bosan dengan pelbagai aktiviti di dalam Berjaya Times Square seperti Indoor Themepark, Bowling, Laser Tag, Cinema dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Senang cerita stay di Berjaya Times Square je tak perlu keluar dah seronok! 


Video di bawah adalah keadaan di dalam bilik Suite Berjaya Times Square yang dilengkapi dengan ruang tamu, dapur dan tandas yang selesa.



2. DeFace Platinum Kuala Lumpur 

(RM248-RM282)

Mengikut carian Qowiy di laman web Agoda, anda boleh dapatkan penginapan di DeFace Platinum Suites Kuala Lumpur dengan harga bermula RM248 sahaja. Anda juga bakal disajikan dengan pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur ketika sedang beristirehat di rooftop infinity pool yang merupakan tarikan utama hotel ini.


Tak perlu risau sekiranya anda keberatan untuk memandu di tengah kesesakan ibu kota kerana lokasi pengangkutan awam seperti Stesen Monorel Bukit Nanas dan Stesen LRT Dang Wangi terletak 290m sahaja dari hotel. Lokasinya yang strategik membolehkan anda bersiar-siar dengan mudah di sekitar Kuala Lumpur. Antara tarikan yang berhampiran adalah;

  1. Hard Rock Café (370m)
  2. Menara Kuala Lumpur (620m)
  3. Petronas Twin Towers (910m)
  4. KLCC Park (1.3km)
  5. Pavilion Kuala Lumpur (1.5km)
  6. Central Market (1.7km)

Untuk mendapatkan penginapan yang dilengkapi dengan bathtub, anda disarankan untuk menempah Bedroom Executive Suite yang boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Apa yang menarik di DeFace Platinum KL adalah anda tidak perlu membayar caj bagi seorang kanak-kanak di bawah umur 7 tahun. Selain itu, bagi anda yang ingin bercuti bersama keluarga yang besar, anda boleh menempah 2 Bedroom Premium di mana anda disediakan dengan pemandangan menakjubkan bandaraya Kuala Lumpur. Kemudahan dapur turut disediakan bagi anda yang ingin menjimatkan kos makanan ketika bercuti. 


Antara testimoni pelanggan yang menyatakan bathtub yang disediakan boleh memuatkan 1 dewasa dan 1 kanak-kanak. Rata-ratanya gembira dengan lokasi strategik hotel ini. 


3. Somerset Kuala Lumpur

(RM259)

Bayangkan anda sedang berendam di dalam bathtub sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Pasti dapat merehatkan minda dan badan anda dari kepenatan hidupan seharian. Somerset Kuala Lumpur menawarkan anda pengalaman yang diidamkan ini dengan harga RM259 sahaja bagi tempahan di laman web Agoda. Tarikan utama hotel ini sudah tentunya rooftop swimming pool yang menyajikan anda pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur terutamanya Petronas Twin Towers. Bukan itu sahaja, suasana di waktu malam dari swimming pool ini mampu memukau pandangan anda dengan cahaya ibu kota yang bergemerlapan. 


Antara tarikan yang dapat dinikmati di sekitar Somerset KL adalah;

  1. KLCC Park (990m)
  2. Petronas Twin Towers (1.2km)
  3. Pavilion Kuala Lumpur (1.6km)
  4. Menara Kuala Lumpur (2.2km)
  5. Central Market/Pasar Seni (3.4km)

Stesen LRT Ampang Park terletak 330m sahaja dari hotel bagi anda yang ingin bercuti dengan konsep playing tourist! Dengan menggunakan pengangkutan awam, anda boleh jimat lebih banyak masa dan tak perlu ambil kira soal parking. Anda juga boleh sampai ke semua destinasi di atas dengan menaiki LRT mahupun MRT. 


Harga RM259 ini hanya boleh didapati bagi Bedroom Deluxe yang dilengkapi dengan bathtub dan kemudahan dapur. Apa yang penting, seorang kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak akan dikenakan caj penginapan.


The kitchen was well equipped with cooking utensils, microwave and a washing/drying machine.” 


love the bath layout, love the bathtub with view.”



4. Bayview Hotel Georgetown

(RM180-RM220)

Umum mengetahui bahawa Pulau Pinang merupakan destinasi percutian yang popular di kalangan food hunter. Sebut sahaja Nasi Kandar, pasti ramai yang dah membayangkan keenakannya walaupun harus beratur panjang.


Ketika bercuti bersama keluarga atau pasangan, pastinya anda mahukan penginapan yang selesa dan terbaik untuk mereka. Bayview Hotel yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang menawarkan anda dengan kawasan lobi yang ceria dan outdoor swimming pool bagi anda yang ingin bersantai di hotel sebelum keluar bersiar-siar. Apa yang penting anda tidak perlu membayar caj parking.


Antara tarikan bersejarah yang dapat anda lawati berhampiran Bayview Hotel Georgetown adalah; 

  1. Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion (130m)
  2. Armenian Street (670m)
  3. Pinang Peranakan Mansion (710m)
  4. Khoo Kongsi (840m)
  5. Penang Fort Cornwallis (860m)

Dengan harga serendah RM180, anda boleh dapatkan penginapan bagi 2 orang di Superior Double Room yang dilengkapi dengan bathtub. Untuk mendapatkan bilik dengan pemandangan bandar Georgetown dan juga bathtub, Deluxe King yang berharga RM220 pilihan yang tepat untuk anda dan si kecil. Seorang kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan dikenakan sebarang caj penginapan. 


Location is right smack in Georgetown with quick access to everything.”


the room is big, really big for the price I pay.”


5. Hotel Penaga Georgetown

(RM174-RM297)

Hotel Penaga yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang merupakan hotel yang disesuaikan dengan elemen bersejarah dan moden yang menghasilkan penginapan unik untuk anda. Rumah Teres Tradisional ini menawarkan anda private courtyard, kawasan makan terbuka dan juga balkoni luas yang memperlihatkan pemandangan taman yang indah. Hotel Penaga sememangnya pilihan utama untuk anda yang meminati elemen antik yang dicampur dengan moden bagi penginapan percutian.


Anda boleh mengunjungi Batek Lah Collection yang terletak 70m sahaja dari hotel untuk menikmati keunikan pakaian dan barangan yang diperbuat daripada corak batik. Selain itu, tarikan yang berhampiran yang dapat anda lawati adalah;

  1. Chowrasta Market (240m)
  2. Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion (510m)
  3. Khoo Kongsi (990m)
  4. Pinang Peranakan Mansion (1.2km)
  5. Kek Lok Si Temple (6.7km)
  6. Batu Ferringhi Beach (11.1km)

Apa yang menarik di Hotel Penaga adalah kelengkapan bilik yang besar dan juga ruang tamu. Setiap bilik juga disediakan dengan bathtub yang bermula dengan harga RM174 bagi tempahan di laman web Agoda. Seorang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dapat menginap secara percuma tanpa sebarang caj. Two Bedroom Family Suite yang berharga RM297 boleh memuatkan 4 dewasa dan juga 1 kanak-kanak. Kesemua bilik disajikan dengan pemandangan bandar Georgetown dan balkoni. 


Testimoni pelanggan menyatakan keterujaan mereka dengan reka bentuk dan perabot hotel yang unik. Apa yang lebih menggembirakan adalah lokasi hotel yang strategik dan dekat dengan makanan popular di Pulau Pinang seperti Teochew Chendul dan Roti Canai Transfer Road


6. Weil Hotel Ipoh

(RM276-RM299)


Apa yang bermain di fikiran anda ketika memilih Ipoh, Perak sebagai destinasi percutian? Adakah ia Tasik Cermin, Canning Dim Sum atau Kek Lok Tong Cave Temple?


Ipoh adalah destinasi percutian yang sesuai untuk anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota dan bersantai sambil meneroka keenakan makanan dan keindahan tarikan bandar Ipoh. Penginapan di Weil Hotel Ipoh pasti menerujakan anda kerana ia terletak 1km sahaja dari pusat bandar selain dekat dengan tarikan utama. Rooftop swimming pool yang disediakan membolehkan anda berenang sambil menyaksikan pemandangan bandar Ipoh yang dikelilingi dengan gunung-ganang. 


Bukan itu sahaja, ia juga terletak di sebelah Ipoh Parade Shopping Mall yang memudahkan anda untuk berhibur sambil membeli belah. Antara tarikan berhampiran yang dapat anda kunjungi adalah;

  1. Ho Yan Hor Museum (1.2km)
  2. Concubine Lane (1.3km)
  3. Art of OLDTOWN (1.4km)
  4. Ipoh Railway Station (1.8km)
  5. Kek Lok Tong Cave Temple and Zen Gardens (4.2km)

Weil Hotel Ipoh menawarkan anda penginapan yang dilengkapi dengan bathtub dan pemandangan bandar ipoh dengan harga serendah RM276 sahaja bagi tempahan di Agoda. Sekiranya anda mempunyai 2 orang anak di bawah umur 6 tahun, mereka dapat menginap secara percuma!


Shino dan Nur yang menginap di Weil Hotel Ipoh pada bulan December 2021 menyatakan kegembiraan mereka dengan lokasi strategik hotel yang menghubungkan mereka dengan Ipoh Parade Shopping Mall selain menyediakan penginapan yang bersih dan selesa.


7. Kinta Riverfront Hotel & Suites

(RM192-RM214)

Penat dengan kerja seharian dan inginkan Me-Time sendirian? Kinta Riverfront Hotel & Suites yang terletak di Kampung Jawa, Ipoh, Perak dapat memberikan anda pengalaman yang diinginkan dengan tawaran bilik yang dilengkapi bathtub. Selain itu, anda juga dihidangkan dengan pemandangan sungai dan kehijauan bandar Ipoh yang pasti meletakkan anda dalam suasana yang tenang. Bukan itu sahaja, kolam renang dan pusat kecergasan turut disediakan bagi anda yang ingin bersantai di hotel sebelum memulakan pengembaraan di sekitar bandar Ipoh. 


Berikut adalah antara tarikan berhampiran hotel yang menawarkan anda elemen bersejarah yang unik;

  1. Vintage Market (430m)
  2. Art of OLDTOWN (540m)
  3. Concubine Lane (630m)
  4. Ipoh Railway Station (830m)
  5. Perak Tong Cave Temple (3.2km)

Dengan harga RM192, anda boleh dapatkan Deluxe King Room di laman web Agoda yang menyajikan anda dengan pemandangan sungai. Untuk anda yang inginkan penginapan yang lebih luas serta pemandangan bandar Ipoh, Superior Deluxe Room mungkin menjadi pilihan yang tepat untuk anda. 



Antara testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan buffet yang ditawarkan dan lokasinya yang terletak di tengah bandar Ipoh;


8. Bayview Hotel Langkawi

(RM131-RM205)

Sebut sahaja tentang Langkawi, pasti fikiran anda menerawang memikirkan lubuk coklat murah ini. Pantainya yang indah dan menenangkan bukan sahaja menarik pelancong dalam negara malah pelancong dari luar turut berpusu-pusu mengunjungi Langkawi untuk bersantai dan berhibur.


Misalnya, Pantai Cenang yang terletak 14.3km dari Bayview Hotel Langkawi menawarkan para pengunjung dengan suasana malam yang happening dan menerujakan. Aktiviti water sports seperti jet skiing dan parasailing merupakan aktiviti riadah yang popular di kalangan pengunjung Pantai Cenang. 


Bayview Hotel yang terletak di Pusat Bandar Kuah, Langkawi menawarkan anda kawasan kolam renang terbuka, padang golf (jarak 3km), sauna dan juga spa untuk anda memanjakan diri. Apa yang menariknya adalah anda boleh melawat tarikan utama di bandar ini seperti Plaza Langkawi, Makam Mahsuri dan Langkawi Saga Shopping Center. Selain itu, anda juga boleh membawa anak-anak melawat lokasi tarikan seperti di bawah;

  1. Pulau Payar Marine Park (550m)
  2. Eagle Square (1.6km)
  3. Langkawi Wildlife Park (7.3km)
  4. Kilim Karst Geoforest Park (10.4km)
  5. Underwater World Langkawi (14km)

Penginapan di bilik Superior yang berharga RM131 menyajikan anda pemandangan gunung-ganang yang memukau dan dilengkapi dengan bathtub. Manakala bagi anda yang mengembara bersama keluarga, Premier Twin Room with Sea View mampu memuatkan 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. 2 orang kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun dapat menginap secara percuma. 


love the bathroom as it got bathtub, the room service and staff are efficient.”


Room is with bathtubs, comfortable and clean.”


9. Imperio Homestay Private Bathtub

(RM250-RM300)

Melaka sememangnya dikenali sebagai bandar bersejarah yang dapat anda lihat terutamanya pada lokasi tarikannya. Pelancong yang mengunjungi Melaka pasti akan mensasarkan tarikan seperti River Cruise di Bandar Hilir Melaka, Cendol Kampung Hulu dan Roti Canai Terbang. 


Di Imperio Homestay yang terletak di Melaka Raya, Melaka, anda tidak perlu risau sekiranya anak-anak kebosanan. Selain daripada bersiar-siar di kota Melaka, aktiviti seperti mandi manda di taman air dan taman permainan yang disediakan dapat dinikmati. Kemudahan padang golf turut disediakan bagi anda yang meminati sukan golf. 


The Stadthuys yang terkenal dengan struktur bersejarahnya terletak hanya 3km sahaja dari Imperio Homestay. Selain itu, antara tarikan terkenal yang mudah untuk anda lawati di sekitar Imperio Homestay adalah seperti berikut;

  1. A Famosa Fort (870m)
  2. Menara Taming Sari (1.7km)
  3. Jonker Street Night Market (1.9km)
  4. Baba & Nyonya Heritage Museum (2km)

Dilengkapi dengan bathtub dan balcony, anda boleh dapatkan Deluxe King Studio yang mampu memuatkan 3 orang dewasa dengan harga RM250 bagi tempahan di laman web Agoda. Untuk menikmati bilik dengan pemandangan laut, anda hanya perlu tambah RM50 lagi untuk mendapatkan Deluxe Suite with Sea View


The place was very clean and comfortable.”


Bathtub amazing.”


10. Moty Hotel Melaka

(RM154-RM208)

Moty Hotel Melaka yang terletak di Plaza Mahkota, Pusat Bandar Melaka merupakan hotel dengan lokasi yang strategik di mana ia menyediakan akses kepada tarikan terbesar di bandar. Penginapan di Moty Hotel ini turut dilengkapi dengan kolam renang tertutup, kolam renang untuk kanak-kanak, sauna dan juga steam room. Lokasinya di tengah-tengah Pusat Bandar Melaka pasti menarik perhatian anda kerana jarak yang dekat dengan semua lokasi terkenal Melaka seperti di bawah;

  1. Upside Down House (50m)
  2. Menara Taming Sari (280m)
  3. Flora de la Mar Maritime Museum (350m)
  4. Jonker Street Night Market (720m)
  5. A Famosa Fort (1.4km)

Deluxe Room – King Bed dengan harga RM154 yang dilengkapi dengan bathtub dan street view merupakan pilihan yang sesuai untuk anda yang bercuti bersama pasangan atau pun rakan. Premium Room yang lebih besar serta dilengkapi dengan bathtub dan street view boleh didapati dengan harga RM206 sahaja yang memuatkan 1-2 orang dewasa. 


Testimoni pelanggan yang gembira dengan lokasi hotel yang dekat dengan tarikan utama Melaka serta pakej breakfast yang memuaskan dan layanan terbaik dari staff. 


Tak seronok lah kalau berendam dalam bathtub tanpa buih wangi yang berkepuk-kepuk kan? Bath Bombs dan Bubble Potion Qowiy boleh jadi teman setia anda ketika bercuti!


Follow Shopee Qowiy https://shp.ee/btet9hx untuk rasai pengalaman mandian buih yang menyeronokkan!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping