• RAMADAN RETREAT | Healing @ Qowiy Village TEKAN SINI
icon-search
icon-search

Mengenali Punca dan Rawatan Depression

Tak kuat iman, sebab itu lah dapat depression!” Pernah dengar, baca atau terima kata-kata seperti ini? Hakikatnya, itu lah mentaliti sebahagian daripada masyarakat kita; kaitkan penyakit berkaitan mental dengan iman seseorang. 


Apa itu Depression?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, depression atau kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina mahupun bangsa. Kemurungan yang berlarutan dalam masa 2 minggu boleh berterusan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.


Punca Depression

Antara punca kemurungan adalah peristiwa hidup seseorang yang tragis serta kurangnya sokongan moral dari keluarga. Acap kali kita dengar kata-kata seperti “time will heal everything” yang diucapkan untuk menggambarkan keperitan hidup yang kita lalui sekarang akan beransur pulih dengan peredaran masa. Tetapi tidak untuk sesetengah orang, peristiwa perit yang dilalui kadang meninggalkan luka yang sukar untuk sembuh. Masa yang berjalan hanya membuatkan mereka terbiasa dengan kesakitan itu. Hal ini perlahan-lahan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal mereka. Peristiwa itu mungkin disulami dengan rasa bersalah, marah, sedih atau pun kecewa yang menyukarkan seseorang itu untuk melupakannya. 


Selain itu, sokongan moral dari keluarga amat penting dalam kehidupan seseorang. Kurangnya sokongan yang diperlukan akan membuatkan seseorang itu berasa keseorangan dalam menghadapi kesulitan dan tidak bersemangat untuk mencapai matlamat hidupnya. Malah, mereka mungkin berasa sukar untuk berkongsi permasalahan hidup sekaligus mengheret diri ke lembah kemurungan dek kerana beban yang tidak terluah.


Stigma Masyarakat

Sebahagian daripada masyarakat kita sering mengaitkan punca kemurungan dengan tahap kedekatan seseorang itu dengan Tuhan sedangkan kemurungan itu akan berlaku tanpa mengira sesiapa pun. Justeru itu, kita haruslah bersama-sama mendidik masyarakat mengenai kesedaran kesihatan mental demi membasmi mentaliti seperti ini sekaligus memberi semangat kepada pesakit kemurungan untuk tampil mendapatkan rawatan sewajarnya. Dengan adanya kesedaran kesihatan mental, mereka yang terjejas dapat merasakan bahawa perasaan serta kesakitan yang mereka alami adalah valid dan bukan sesuatu yang harus disembunyikan. 


Depression atau kemurungan akan terjadi pada sesiapa pun, samada insan yang kuat pegangan agamanya atau pun tidak. Mengharap pada waktu untuk menyembuhkan emosi yang terjejas bukanlah suatu penyelesaian yang baik. Hal ini kerana emosi yang tidak dirawat berpotensi menjejaskan keadaan mental seseorang itu. Oleh itu, rawatan dari pakar kesihatan harus segera dirujuk. 


Kajian Klinikal

Kajian klinikal mendapati bahawa penggunaan beberapa jenis aromaterapi dapat membantu mengurangkan dan melegakan tekanan. Misalnya, menurut sumber National Library of Medicine, aromaterapi yang terhasil daripada Ylang Ylang, Lavender dan juga Chamomile berupaya melegakan tekanan. 

Berdasarkan khasiat yang terhasil daripada aromaterapi Ylang Ylang, Lavender dan Chamomile, Qowiy telah mengformulasikan De-Stress Candle sebagai suatu bentuk terapi diri yang membangkitkan ketenangan. 


De-Stress Candle 

Berbanding Scented Candle yang lebih kepada aroma buah-buahan yang manis dan menyegarkan, De-Stress Candle diformulasikan khas bagi membantu merangsang otak yang berbentuk terapi. Hal ini mungkin akan membuatkan segelintir berasa kurang gemar terutamanya dengan aroma Ylang Ylang. 


De-Stress Candle dari Qowiy diformulasikan daripada bunga Chamomile, Lavender dan Ylang Ylang. Haruman bunga Chamomile yang lembut dan manis dapat menenangkan fikiran anda serta meningkatkan kualiti tidur. Manakala Lavender sememangnya dikenali dengan kualiti aromatiknya yang dapat membangkitkan ketenangan. Ylang Ylang pula adalah bunga yang membawa sedikit haruman kastard, bunga melati, pisang, oren pahit, madu dan juga rempah ratus. Gabungan 3 bauan terapi ini akan bercampur ketika dibakar yang kemudiannya meletakkan anda dalam zon ketenangan. 


Jika anda mula berasa tertekan dan tidak dapat mengawal emosi diri, segera dapatkan rawatan untuk menjalani psikoterapi atau pun hadiri sesi kaunseling sebelum ia menjadi lebih parah. Sama-sama juga kita jengah rakan-rakan serta ahli keluarga yang mungkin sedang memerlukan sokongan dan semangat dari kita. 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping