Sebut sahaja tentang Scented Candle pasti bermacam produk yang bermain di fikiran. Bukan itu sahaja, bauan yang terhasil dari Scented Candle pasti mampu membawa kita kepada suatu detik dalam hidup. Mungkin ketika sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan, namun masih mahukan ketenangan dari aromaterapi yang terhasil? Atau ketika sedang merehatkan diri dalam tub mandian setelah seharian bekerja? Ajaib bukan? Hanya dengan satu bauan mampu menenangkan diri kita serta mengingatkan kita kepada suatu memori yang mungkin telah lama tertanam dalam jiwa. Jadi, apakah lagi kelebihan Scented Candle ini? Mari kita sama-sama selaminya!
1. Melegakan Tekanan
Setelah seharian berjuang di medan pekerjaan mahupun pendidikan, pastinya kita mahukan sesuatu yang dapat melegakan tekanan yang dihadapi bukan? Penggunaan Scented Candle yang membebaskan aroma lilin dari essential oils mampu melegakan keresahan serta kerisauan yang berlegar-legar di fikiran dan membawa kita jauh dari tekanan harian. Mungkin anda dapat mencubanya dengan De-Stress Candle by Qowiy iaitu campuran Chamomile, Lavender dan Ylang Ylang, digandingkan dengan lagu yang bermelodi slow serta lampu bilik yang dimalapkan untuk memberi ketenangan yang lebih maksimum. Cubalah, nescaya anda akan mendapat istirehat yang memuaskan dan bersemangat untuk hari seterusnya!
2. Meningkatkan Mood Anda!
Bauan yang menarik serta menenangkan mampu memberi kesan yang baik kepada emosi dan perasaan anda. Emosi dan mood yang baik sangat penting untuk memulakan hari agar segalanya dapat dilakukan dengan lancar. Sekiranya kedua-dua elemen ini tidak dijaga, pasti hari anda akan berasa suram yang menyukarkan aktiviti harian. Penggunaan Scented Candle pada setiap pagi sebelum memulakan aktiviti harian ataupun ketika bersiap, mampu menjadi mood booster untuk hari anda.
Tropical Scented Candle dari Fruity Series by Qowiy yang mempunyai 3 lapisan yang terdiri daripada pineapple, banana dan coconut mampu meningkatkan mood positif dan menceriakan hari anda dengan kebaikan aroma campurannya. Oleh itu, tidak salah sekiranya anda menjadikan Fruity Series by Qowiy ini satu keperluan dalam bilik tidur mahupun rumah anda yang dapat membangkitkan persekitaran yang harmoni buat seisi keluarga. Sesiapa sahaja yang baru pulang bekerja lalu melangkah masuk ke dalam kediaman yang berbau wangi dan menenangkan, pasti dapat melupakan stres yang dihadapi!
3. Meningkatkan Kualiti Tidur
Gaya hidup yang sibuk ditambah pula dengan stres bekerja mahupun belajar, ada kalanya akan menganggu corak tidur kita. Adakah anda pernah melalui hari yang begitu sibuk dan memenatkan, namun tidak mampu melelapkan mata pada waktu malam? Semestinya situasi itu mengganggu emosi kerana keadaan fizikal dan mental yang memerlukan rehat. Hari yang panjang dan memenatkan sudah pastinya memerlukan penawar yang mujarab iaitu kualiti tidur yang baik!
Penggunaan dan pemilihan Scented Candle yang tepat berupaya membantu anda tidur dengan lebih tenang dan selesa melalui aroma yang terhasil. Sudah pastinya anda memerlukan bauan yang menenangkan yang akan melarikan anda dari kecamuk fikiran dan meletakkan anda dalam tidur yang indah. Jangan risau! Scented Candle keluaran Qowiy sememangnya mampu membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti dan melegakan tekanan harian.
Jadi, tunggu apa lagi? Mari dapatkan Scented Candle by Qowiy mengikut cita rasa anda pada harga hanya RM45!